Powered By Blogger

Tuesday, July 31, 2012

BINGKISAN FIKRAH PEJUANG


Justeru, jiwa-jiwa yang ingin membawa panji Islam ini perlu ditarbiyah mengikut manhaj yang jelas dan bersumberkan daripada Al Quran, As Sunnah serta Sirah Nabawiyah. Manhaj yang salah bakal melahirkan jiwa aktivis yang merosakkan gerakan Islam. Oleh itu, agenda tarbiyah yang dijalankan mestilah berdasarkan ilmu kefahaman yang diambil daripada para alim ulamak pewaris anbiyak.."

-SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI BIN HJ MOHD ROMLI-

----------------------------------------------
Buku Bingkisan Fikrah Pejuang kini di pasaran. Buku ini menghimpunkan sebanyak 8 tajuk yang merupakan siri pentarbiyahan membina fikrah pejuang. Tajuk-tajuk tersebut ialah :

1. Muhasabah Perjuangan...
2. Ukhwah Islamiah..
3. Taqwa..
4. Keimanan dan ketaatan...
5. Jihad...
6. Hidayah...
7. Kemenangan Islam..
8. Islam, Toleransi dan Keadilan..

BINGKISAN FIKRAH PEJUANG SIRI 1 = RM 15 + POSTAGE RM 5 = RM 20
BINGKISAN FIKRAH PEJUANG SIRI 2 = RM 17 + POSTAGE RM 5 = RM22

Sesiapa yang berminat boleh dapatkan buku ini di kuliah-kuliah mingguan Syeikh Zainul Asri, atau boleh menghubungi wakil kami :

1) Pilih tajuk buku dan sms kepada :

Ustaz Mujahid : 0124229380
Qani'ah Mawaddah : 0195191951

2) Bank in ke akaun BIMB : Amal Mutawasil Trading (020-110-1009-8236)

3) Email slip ke : amalmutawasil@gmail.com

4) Buku akan dihantar ke alamat anda menggunakan Pos Laju.

P/s : Kepada sesiapa yang mahu menjadi wakil pengedar juga dialu-alukan.

QASIDAH & SELAWAT

Dapatkan buku keluaran ketiga Pustaka Paksi. Buku yang membawa kita untuk mencintai Rasulullah SAW serta perjuangannya menegakkan kalimah Allah SWT.

Selawat dan Qasidah Maahad Darul Hadis. Dapatkan ia dengan harga RM 12.

Kos postage RM 12 + RM 5 = RM 17

Pengedar diperlukan. 

Hubungi 
Ust Mujahid Ibnu Ir Fadzil +60124229380 atau
pejabat PAKSI 047714226.

50 AKHLAK SALAFUSSOLEH

"Justeru, peribadi yang paling baik adalah akhlak mulia Rasulullah SAW yang boleh dijadikan panduan daripada pelbagai bidang. Jika diteliti, baginda SAW bukan hanya sekadar orang yang kuat ibadahnya sahaja, akan tetapi beliau merupakan pemimpin tertinggi politik, komander peperangan, perancang yang berstrategis, suami yang mithali dan sebagainya."

-Sheikh Muhd Zainul Asri bin Hj Mohd Romli-

Dapatkan buku 50 Akhlak Salafussaleh keluaran kedua Pustaka Paksi dengan harga RM 18. Ditulis oleh anak murid Sheikh Zainul Asri.

Untuk tempahan secara pos : RM 18 + RM 5= RM23

Untuk tempahan sila hubungi: Ust Muhammad Mujahid Ibnu Ir Fadzil. +60124229380 atau pejabat PAKSI 047714226

Pengedar diperlukan.

BINGKISAN FIKRAH PEJUANG 2

"Prinsip gerakan Islam yang digenggam kuat oleh pendokong-pendokongnya bukanlah berbentuk intima' syakhsi [fanatik individu] atau intima' maslahi [ada kepentingan lain], akan tetapi prinsip tersebut dilaksanakan atas dasar intima' 'aqidi [tuntutan aqidah]"


SYEIKH MUHD ZAINUL ASRI BIN HJ ROMLI
BINGKISAN FIKRAH SIRI KE 2
---------------------------------

Buku Bingkisan Fikrah Pejuang Siri Ke 2 kini di pasaran, untuk mendapatkanya boleh menghubungi ustaz Mujahid : 0124229380 , Qaniah : 0195191951


BINGKISAN FIKRAH PEJUANG SIRI KE 2 RM 17 + RM5 POSTAGE

Sila ikut prosuder di bawah :

1) Mesej / call ustaz Mujahid atau PM ana di FB Qani'ah Mawaddah, memaklumkan jumlah buku yang ingin dipesan

2) BANK IN ke akaun PUSTAKA PAKSI SDN. BHD

BANK ISLAM : 02105010008766

3) Emailkan slip resit ke pustakapaksi@yahoo.com

4) Send alamat anda dan kami akan kirimkan buku dengan segera.

Bagi sesiapa yang mengikuti kuliah murabbi anda boleh mendapatkannya di gerai PUSTAKA PAKSI, bagi sesiapa yang mahu menjadi PENGEDAR juga dialu-alukan.

Syukran.
Semoga Allah merahmati kalian. Menyumbanglah untuk ISLAM.


EMBUN PADANG PASIR


PROFIL RINGKAS MENGENAI DIRI PENULIS

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil, BA Hons. Akidah dan Falsafah, Universiti Al Azhar Mesir.

Semasa melanjutkan pelajaran di Mesir, beliau pernah memegang jawatan selaku Yang Dipertua Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir serta Ketua Jabatan Nuqaba Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir.

Buku EMBUN PADANG PASIR adalah karya pertama beliau bersama PUSTAKA PAKSI, sebelum ini beliau giat menulis di bawah PMRAM Mesir.

Buku ini mengumpulkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di bulan Ramadhan sepanjang zaman.

-----------------------------------------------------

Bagi sesiapa yang berminat sila ikut prosuder di bawah :

EMBUN PADANG PASIR RM20 + RM5 POSTAGE

1) Hubungi ustaz Mujahid : 0124229380 , Qani'ah Mawaddah 0195191951

2) BANK IN ke akaun PUSTAKA PAKSI SDN. BHD

BANK ISLAM : 02105010008766

3) Emailkan slip resit ke pustakapaksi@yahoo.com

4) Send alamat anda dan kami akan kirimkan buku dengan segera.

Bagi sesiapa yang mengikuti kuliah murabbi anda boleh mendapatkannya di gerai PUSTAKA PAKSI, bagi sesiapa yang mahu menjadi PENGEDAR juga dialu-alukan.

Syukran.
Semoga Allah merahmati kalian. Menyumbanglah untuk ISLAM.

Thursday, May 5, 2011

The Return




Oh you stand up! say it together
None enters paradise save a true believer
Allah shall support this religion
With a sinful man with a wicked man

Some people see barriers
In classes and in colours
Some people are wiser
But some believe they are hollier
Feel the heart of everyone
See through our differences
You and I have the power
Think good of one another
So stand up and take our places
And do what we do better
Spend sometime to know ourselves
Help the other
Tajuk Nasyid : Stand Up
Artis : Muadz


Kembali mengumpul kekuatan yg hilang~

Thursday, March 17, 2011

Sebagai Umat Saiduna Muhammad, Kenalkah Kita Kepada Baginda???

  Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam adalah manusia, bukan malaikat dan bukan pula anak Tuhan atau lain-lainnya. Namun begitu, Baginda adalah manusia pilihan(insanul mukhtar) Allah.

  Baginda merupakan putera kepada Saiduna Abdullah bin Abdul Muthallib dan Saidatuna Aminah bintu Wahab yang berketurunan Quraisy Makkah. Bersambungan hubungan(salasilah) keluarga Baginda Sallallahu alaihi wasallam dengan Nabiyullah Ismail bin Nabi Ibrahim ‘alaihimas salam. Kelahiran Baginda adalah sebagai rahmat dan jawapan atas permohonan Abul Anbiya’ Ibrahim alaihis salam yang tercantum dalam firman Allah:

“Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al-Kitab (Al-Qur’an) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesunggu-hnya Engkaulah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” (Al-Baqarah: 129).

Allah menegaskan agar baginda menyatakan tentang diri baginda, dengan firmanNya dalam surat Al-Kahfi ayat 110 dan ayat-ayat yang lain:

“Katakan, sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku”(Al-Kahfi : 110)

“Katakan: “Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa per-bendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) aku mengatakan kepadamu bahwa aku seorang malaikat. Aku tidak mengetahui kecuali yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: “Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat?” Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)? (Al-An’aam: 50).

   Rasulullah juga berwasiat agar baginda tidak dihormati secara berlebihan, seperti orang-orang Nashara menghormati Nabi Isa ‘Alaihis Salam, baginda melarang ummatnya menjadikan kuburan beliau sebagai tempat sujud, melarang menggelari baginda dengan gelaran yang berlebihan atau memberikan penghormatan dengan berdiri ketika baginda hadir. Namun, kita sebagai Ummat Saiduna Muhammad dianjurkan supaya menggunakan kalimat saiduna(penghulu kami) ketika berselawat kepada baginda.

   Dari sahabat Amr Radhiallaahu anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda:
“Janganlah kamu memuji aku (berlebihan) sebagaimana orang Nasrani memuji Isa Ibnu Maryam. Sesungguhnya saya hanyalah seorang hamba, maka katakanlah: Hamba Allah dan RasulNya”. (HR. Al-Bukhari)

   Abu Hurairah Radhiallaahu anhu meriwayatkan, Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda:
“Janganlah engkau jadikan rumah-rumahmu sebagai kuburan (sepi dari ibadah) dan jangan engkau jadikan kuburanku sebagai tempat perayaan” (HR. Abu Dawud).

   Dari Abu Hurairah Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam bersabda:
“Jangan engkau jadikan kuburanku sebagai tempat perayaan, dan janganlah engkau jadikan rumah-rumah kamu sebagai kuburan dan dimanapun kamu berada (ucapkanlah do’a shalawat kepadaku) karena sesungguhnya do’a shalawatmu sampai kepadaku”. (Diriwayat-kan Imam Ahmad).

   Cara beriman kepada Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam adalah sebagaimana difirmankan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala:

“(Yaitu) orang-orang yang mengikuti Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma’ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka, segala yang baik dan mengharamkan mereka dari segala yang buruk dan membuang bagi mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (al-Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung.”). (Al-A’raf: 157).

   Sudah selayaknya kita mempertebal Iman dan Taqwa kita kepada Allah serta memperdalamkan Iman kepada Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam sekaligus melaksanakan suruhannya.

Yaitu kita bersungguh-sungguh agar melaksanakan hal-hal sebagai berikut:

1. Meyakini dengan penuh tanggung jawab akan kebenaran Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wa Sallam dan apa yang dibawa oleh beliau Shallallaahu alaihi wa Sallam sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala menandaskan tentang ciri orang bertaqwa:

“Dan orang-orang yang membawa kebenaran (Muhammad) dan membenarkannya, mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”. (Az-Zumar : 33).

2. Ikhlas mentaati Rasul Shallallaahu alaihi wa Sallam dengan melaksanakan seluruh perintah dan menjauhi seluruh larangan beliau Shallallaahu alaihi wa Sallam . Sebagaimana janji Allah :

“Dan jika kamu taat kepadanya, niscaya kamu mendapat petunjuk. Dan tidak lain kewajiban Rasul itu melainkan menyampaikan (amanat Allah) dengan terang” (An-Nuur: 54).
“Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakekatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya”. (An-Nisaa’: 65).

3. Mencintai beliau Shallallaahu alaihi wa Sallam, keluarga, para sahabat dan segenap pengikutnya. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallambersabda:

“Tidaklah beriman seseorang (secara sempurna)sehingga aku lebih dia cintai daripada orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia”. (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

4. Membela dan memperjuangkan ajaran Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam serta berda’wah demi membebaskan ummat manusia dari kegelapan kepada cahaya, dari ke zhaliman menuju keadilan, dari kebatilan kepada kebenaran, serta dari kemaksiatan menuju ketaatan.Sebagaimana firman di atas:

“Maka orang-orang yang beriman kepadanya, memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al-Qur’an), mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (Al-A’raaf: 157).

5. Meneladani akhlaq dan kepemimpinan Nabi Shallallaahu alaihi wa Sallam dalam setiap amal dan tingkah laku, itulah petunjuk Allah:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah”. (Al-Ahzab:21).

6. Memuliakan dengan banyak membaca shalawat salam kepada beliau Shallallaahu alaihi wa Sallam terutama setelah disebut nama beliau

“Merugilah seseorang jika disebut namaku padanya ia tidak membaca shalawat padaku.” (HR. At-Tirmidzi)

7. Waspada dan berhati-hati dari ajaran-ajaran yang menyelisihi ajaran Nabi Muhammad Shallallaahu alaihi wa Sallam seperti waspada dari syirik, tahayul, bid’ah, khurafat, itulah pernyataan Allah:

“Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi ajaran Rasul takut akan ditimpa cobaan atau ditimpa azab yang pedih”. (An-Nur: 63).

8. Mensyukuri hidayah keimanan kepada Allah dan RasulNya dengan menjaga persatuan umat Islam dan menghindari perpecahan dengan berpegang teguh pada Al-Qur’an dan As-Sunnah Ash-shahihah. Itulah tegaknya agama:

“Dia telah mensyari’atkan bagi kamu tentang agama apa yang telah diwasiatkanNya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wahyukan kepadamu dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa yaitu: Tegakkanlah agama dan janganlah kamu berpecah belah karenanya”. (Asy-Syura: 13)

Mudah-mudahan Allah Taa'la menberi pertolongan serta rahmat-Nya kita semua dalam menyebarkan agama Islam.
Wallahua'lam....